Sunday, October 27, 2013

Ubat Hati

Assalamualaikum W.B.T.

Damba Kasih - InTeam


Semakin jauh ku dari-Mu

Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu




Lirik lagu ni selalu memberi kesan dan impak mendalam dalam hidup saya. Biasalah manusia selalu leka dengan dunia. Reminder to myself. Tehee. Kadang-kadang bila kita susah baru kita nak ingat Tuhan. Bila nak sesuatu benda baru lah nak meminta dekat Tuhan.

Subhanallah! Allah sentiasa memakbulkan permintaan hambaNya meskipun hambaNya itu terlalu leka dengan dunia. Bila susah barulah nak cari Tuhan, bila senang lupakan segala rahmat dan nikmat yang diberikan oleh Allah. 

Oleh itu, semoga kita sama-sama sentiasa ingat Allah waktu kita senang mahupun kita susah. Biasalah kita manusia tak pernah lari dari buat kesilapan. Semoga Allah mengampunkan dosa dosa kita. Jom kita ubat hati. Moga cara ini dapat dekatkan diri kita dengan Allah S.W.T.



mafi qalbi ghairullah =)


No comments :